Thursday, 29 December 2011

bintang hatiku

Bintang…..

Hadirmu mengerdipkan cahaya 
Ketiadaanmu ku rindui
Kehadiranmu ku rai
Bintangku….
Hadirlah kau selalu
Bersama di sisiku hadapi hidup
Sinarilah hidupku wahai bintang….


Bintang….
Janganlah menjauh dariku
Janganlah kau hilang dariku…
Duhai Bintangku….
Seluas langit yang terbentang
Lebih luas lagi kasihku padamu
Lebih luas lagi ingatan ku untukmu

Bintang……

Berjanjilah padaku
Kerdipmu akan sentiasa disisiku
Menemaniku disetiap penjuru hidupku! 


tears

 Mengalir air mata di pipi                     
            Bukan menagih simpati
            Cuma sebuah luahan 
            Hati yang amat terkilan……….


Dibawah terik mentari
Aku sendiri memikirkan diri ini
Mencari hala tuju yang tak pasti
Aku sayu diperlakukan begini….

Apakah ini mimpi….
Dikelilingi mimpi berduri
Apakah hikmah yang tersembunyi
Disebalik kejadian ini?????? emoticon

today

Hari ini….
Fikiran menerawang jauh
Memikirkan kehidupan…..
Memikirkan kesudahan….
Memikirkan janji yang tak bersempadan….

Hari ini…..
Hati daku keliru
Fikiran pun menjadi buntu….
Mengingati arah tujuku…
Yang masih samar dan kelabu….

Hari ini…..
Aku sujud dihadapan-Mu….
Meminta dan merayu….
Memohon agar diberikan restu
Serta hidayah dari-Mu

Hari ini….
Aku terus berdoa…..
Diberikan segala kekuatan….
Untuk meneruskan kehidupan…
Yang masih jauh dihadapan….. 

your breath in my heart

Hadir nafasmu dalam hidupku
Bersama cahaya indah
Menyinari hati kelam
Mendamai gelora jiwa…..
Tapi sayang…
Saat itu aku leka
Lantas aku lupa menghargai
Alpa pada masa…. 
Buat dirimu terluka
Kini..telah kusedari
Maafkanlah diri ini
Ampunkan kesilapanku…..
Izinku memperbaiki
Semua yang kunodai
Sudikah beriku peluang sekali lagi?????
 

it's love

Cinta itu indah…
Cinta itu kadangkala menyakitkan….
Cinta itu menyeimbangkan….
Cinta itu menyempurnakan…

Cinta itu kadangkala tidak terluahkan….
Cinta itu hanya dirasakan di sudut hati…..
Jangan biarkan cinta mengalahkan dirimu…..
Bangkitlah dari mimpi indah itu…..

Jadikan cinta itu semangatmu…..
Jangan lelah mencari cinta sejati….
Kerana cinta bukan untuk dikejar…
Tetapi dipupuk dan dijaga kemurniannya… 

#hear your heart speak out#

Wahai kawan2 ku...
Dengarlah bisikan kata2 ku ini.
Tulislah wahai kawan2 ku..!
Tulislah madah cinta mu
Tulislah puisi cinta mu
Tulislah apa2 yang telintas dihati mu!
Rasakan getaran suara hati naluri mu
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkannya luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia!
Wahai kawan ku...!Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
Komentar sana komentar sini!
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai kawan ku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahasia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahsia hakikat puisi cinta!

words ^_^


Terlalu lama ku pendam
Semua rasa ini padamu
Kini ku sudah tak tahan
Ku ingin kau tau semua..
Aku lebih dulu mencintaimu
Aku lebih dulu mengenalmu
Bukannya dia..
Cinta itu harus diungkapkan
Cinta itu harus memiliki
Tak kan kulepaskan dirimu
Memang tinggi egoku
Namun.. ingin ku miliki dirimu..
Demi cinta yang t`lah lama ku pendam
Demi mengganti semua pengorbanan
Yang t`lah ku lakukan untukmu
Kau harus jadi milikku..

Wednesday, 28 December 2011

miss u

mengingat bayangmu yang jauh

pada waktu yang kian sempit
dadaku nyaris terbelah
perih melolong sengit
rinduku membuncah
merobek langit

kutitip puisi rindu

pada nyanyi angin sendu
agar hati tak kian pilu
berharap kaupun rindu

puisi rindu

Rindu Buat Kekasih
Pagi itu diam …….
Ketika Pucuk pucuk cemara terpaku bisu
Membawa jiwaku mengembara…
Hingga menembus batas lamunku

Di sini ……..
Masih Aku simpan setangkup rindu untukmu
Di sudut hati, dimana keresahan membias sendu
Hingga lelah hati temani sepiku..

Entah….
Masih sanggupkah tangan ini melukis langit
Dan menggambar garis garis pucat wajahmu
Diantara Rindu … yang hempaskan aku.
Atau biarkan saja angin menghapus Jejakmu

Mungkin..
Aku Akan terus menanti
Hingga Kau Kembali …… di sini…. !

Tuesday, 27 December 2011

SEKETIKA


Mengenalimu,
Suatu keindahan dalam hidupku,
Kau hadir saat aku,
Kehausan dengan kasih sayang,
Kau menyinari hari-hariku,
Dengan gelak tawa dan gurauan manjamu,
Yang selama ini suram,
Tanpa warna-warna ceria,
Engkau menyuburkan kembali,
Kuntum-kuntum bunga yang layu kekeringan,
Di taman hatiku yang gersang,

Telah sekian lama hatiku beku,
Dengan kata-kata azimat pujuk rayu,
Kaum sejenismu,
Tapi, mengenalimu,
Hatiki kembali goyah dengan,
Pendirian yang pernah aku lafazkan,

Apa yang harus aku lakukan,
Untuk aku memiliki dirimu???,
Kau di sana,
Aku di sini,

Mungkin sudah suratan,
Aku hanya mampu mengenalimu,
Tapi, bukan untuk memilikimu,
Walau apapun, akan kusimpan rasa ini,
Sehingga aku menjumpai cinta yang baru,
Izinkanlah aku,
Mencintaimu dalam gelap malam,
Sunyi ini....
Epilog sebuah cinta
Ku ukir perlahan
Bertemankan tinta nan basah
Di atas sekumal kertas
Di malam hari
Yang dibasahi titisan jernih dari angkasa

Epilog sebuah cinta itu bermula
Pabila kubuka hati ini buatnya
Bertakhta di sanubari ku
Janji kehidupan dicatur
Antara aku dan dia
Penuh mesra, sayang, dan cinta.

Namun
Semua itu bagaikan tiada lagi
Kehadiran insan itu
Menggamit suasana penuh emosi
Kenangan lama diungkit kembali
Cinta yang silam dibawa ke saat ini

Akhirnya
Semua telah berubah
Dia yang dulunya menyayangi diri ini
Kini berpaling tadah
Mengejar kembali cinta silam itu
Mengejar kembali insan
Yang merupakan cinta pertamanya

Sedangkan aku
Hanyut di dunia ku
Kehidupan bagaikan tiada lagi
Masih terngiang kata-kata itu
Yang meniti di bibir dirinya
Saat meninggalkan aku
" Saya bukan tak sayangkan awak,
tapi perasaan itu makin berkurang"

Epilog cinta itu
Kini berakhir
Dan aku
Membawa hati ini pergi
Jauh dan jauh…

in front


Dihadapan orang yang kau cintai,

musim dingin berubah menjadi musim semi yang indah

Dihadapan orang yang kau sukai,

musim dingin tetap saja musim dingin hanya

suasananya lebih indah sedikit

Dihadapan orang yang kau cintai,

jantungmu tiba tiba berdebar lebih cepat

Dihadapan orang yang kau sukai,

kau hanya merasa senang dan gembira saja

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang

kau cintai, matamu berkaca-kaca

Apabila engkau melihat kepada mata orang yang

kau sukai, engkau hanya tersenyum saja

Dihadapan orang yang kau cintai,

kata kata yang keluar berasal dari perasaan yang terdalam

Dihadapan orang yang kau sukai,

kata kata hanya keluar dari pikiran saja

Jika orang yang kau cintai menangis,

engkaupun akan ikut menangis disisinya

Jika orang yang kau sukai menangis,

engkau hanya menghibur saja

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan

rasa suka dimulai dari telinga

Jadi jika kau mau berhenti menyukai seseorang,

cukup dengan menutup telinga.

Tapi apabila kau mencoba menutup matamu dari

orang yang kau cintai, cinta itu berubah menjadi

tetesan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam

jarak waktu yang cukup lama.

Tetapi selain rasa suka dan rasa cinta... ada

perasaan yang lebih mendalam.

Yaitu rasa sayang.... rasa yang tidak hilang

secepat rasa cinta. Rasa yang tidak mudah berubah.

Perasaan yang dapat membuatmu berkorban untuk orang yang kamu sayangi.

Mau menderita demi kebahagiaan orang yang kamu sayangi.

Cinta ingin memiliki. Tetapi Sayang hanya ingin

melihat orang yang disayanginya bahagia..

walaupun harus kehilangan..

Monday, 26 December 2011

lelaki dan wanita saling memerlukan


Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

wallahua'lam.....

Sunday, 25 December 2011

bicara hati

Bicara hati tanpa kata
Untuk segenap penglipur lara
Di langit dan bumi
Peneman di kala suka dan duka
Punya bahagia yang ingin diluahkan
Juga terkadang duka datang menerpa

Bicara hati tanpa kata
Setiap hembusan angin kembali
Untuk sang bulan peneman malam
Kelip sang bintang nun di sana
Cahaya yang hadir cukup indah

Bicara ia bicara hAti
Untuk bait-bait kata yang disambut
Seteguh karang di lautan biru
Buat peneman bulan dan bintang
Kerana ianya bicara hati..

Friday, 23 December 2011

untuk awk~

.salam penuh sejahtera buat diri awak..moga diri awak sentiasa dilimpahi dengan kesejahteraan kesihatan yang baik, ketenangan dan kedamaian akal dan fikiran serta kebahagiaan hati dan jiwa..mudah-mudahan segala urusan pekerjaan awak tidak kiralah peribadi ataupun pekerjaan yang telah diamanahkan awak semuanya berjalan dengan lancar..kita disini sentiasa mendoakan lorong-lorong kehidupan yang dilalui awak dipermudahkan dan dipersenangkan..kita sayangkan awak.. kita kasihkan awak..
awak..
berjauhan dikala ini, membuatkan kita sentiasa mendekati awak dengan cara kita sendiri..kita cuba dekati awak dengan sms-sms yang tidak pernah lelah kita hantar untuk awak..ini kerana kita tidak mahu awak terasa sepi tanpa kehadiran kita..kita mahu awak sentiasa tersenyum dengan tiap sms yang kita hantar..walaupun sms-sms kita ringkas ataupun sederhana, kita mahu awak tahu, kita sentiasa dekat dengan awak..kita rindukan awak dan ingatkan awak selalu..dan setiap kali kita hantar sms pada awak, kita akan tersenyum..kita pun harap tiap mesej kita sentiasa buat awak bahagia..
awak..
hari ini kita tersenyum dengan sebuah sajak awak yang awak kirimkan untuk kita..tika itu, kita berada dihadapan teman-teman kita..alahaiii...kita tersenyum bila membacanya..tahukah awak, bila sesekali awak  menghantar puisi untuk kita, kita insan yang paling bahagia..ingin sekali kita genggam jemari awak dan katakan pada awak.."sayang, tiap kali dirimu melakari puisi khas untukku, pasti ku tersenyum bahagia..terasa diri ini bertuah kerana dirimu bisa melahirkan puisi-puisi cinta untukku.. dalam diam, ku sunting kata-katamu untuk ketenanganku..terima kasih sayang"
awak..
sekejap je masa berlalu..tidak lama lagi akan hilang Januari akan diganti Februari..sekejap je kan awak, masa itu berlalu meninggalkan kita..tapi kita harap musim-musim cinta dan rindu kita pada awak akan kekal, tetap utuh, tetap bersemarak bersama kasih sayang awak yang tidak ternilai..awak, awak bermakna tau untuk kita..awak penyuluh hidup kita..awak..kita tak nak kehilangan awak..
awak..
kita harap awak tidak gentar hadapi ujian kehidupan ini..seperti awak yang selalu menemani kita ketika kita hadapi kesusahan, kita pun harap kita dapat menemani awak dikala awak kesusahan..awak, kongsilah tiap kesedihan dan masalah awak dengan kita ya..kita tak nak awak bersedih..kita juga tak nak awak hadapi kesakitan ini sendirian..izinkanlah kita jadi ketenangan awak.. kedamaian awak walaupun adakalanya kita akui kita tidak sabar..awak..kita sayangkan awak..kadang-kadang kita jadi tidak sabar untuk ketahui masalah awak kerana kita tak sanggup tengok kesedihan yang bermain dihati awak..
awak..
kita rindu sangat dengan awak hari ini..awak rindukan kita tak??awak,kita hendak bersama awak.. ingat ya, temujanji kita nanti..kita nak bersama awak..berjalan berdua dengan awak..dan berbual mesra dengan awak..kita rindu sangat..
awak..
sesekali kita cemburu tau bila ada perempuan lain asyik bertanya pada kita tentang awak..bukan kita tidak suka tapi awak milik kita..awak kesayangan kita..mana mungkin kita tidak dapat menahan rasa cemburu kan??awak, maaf tau kita cemburu..kita cemburu kerana awak hak kita..
awak..

rindu

sayang
dimusim rindu yang hadir didalam diriku
membuatkan diriku tak mampu menahan rasa
maafkan diriku sekiranya ku tak mampu menahan rasa
rasa ingin bersamamu
rasa ingin ada dipelukanmu
siang dan malamku teringatkan dirimu
hari-hariku di iringi rasa rinduku padamu
sayang
maafkan diriku bila diri ini terus memburumu
namun semua ini kerana ku amat merinduimu
ku ingin selalu bersamamu sayang
melalui dan menjalani waktu-waktu bersamamu
inginku dirimu ada selalu menemaniku
melalui hari-hariku denganmu
Aku ingin kau selalu ada temani aku
sayang
bila musim rinduku mula menggebu
rasa ingin bersamamu mengatasi segalanya
Sungguh hati ini AMAT MERINDUIMU

Thursday, 22 December 2011

married woman

Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki dikalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim).

Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.

Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.

Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.

Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.

Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)